Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Hujjatul Islam Wal Muslimin Sadighi dalam khutbah Jumaat minggu ini menjelaskan garis panduan yang diberikan pemimpin tertinggi Iran tentang isu Syria bahawa kemenangan akan berpihak kepada para pejuang. "Hari ini negara-negara yang menentang Bashar al-Assad telah menarik diri, termasuklah negara-negara yang mempunyai agenda masing-masing (dalam isu Syria)."
Sambil menegaskan betapa pentingnya membela seluruh bumi Syria dan memerangi pengganas secara serius, beliau berkata, "Hendaklah peperangan melawan pengganas diteruskan sehingga akar umbi IS, Jabha Nusra dan takfiri-takfiri dicabut dari Syria dan serantau."
Menurut beliau lagi, negara-negara asing juga tidak seharusnya ikut campur tangan isu dalaman Syria. "Kita sebagai rakyat yang demokratik dan damai menghormati penentuan nasib rakyat Syria, rakyatnya sendiri akan menentukan rukun negara mereka setelah tersingkirnya huru hara dan keganasan.
"Bashar al-Assad juga merupakan salah seorang yang akan menonjol sebagai pahalawan yang berdiri melawan kuasa besar dalam pilihanraya, Bashar juga merupakan wajah yang ulung di rantau itu", kata beliau lagi.
Sambil mengucapkan takziah atas tragedi penyembelihan beberapa pengikut mazhab Syiah di Afghanistan, beliau berkata, "Golongan tertindas akan terus dibunuh. Malangnya kerajaan Afghanistan tidak menunjukkan sensitiviti khusus terhadap perkara ini."
Sementara itu, mengenai kekejaman Arab Saudi terhadap Yaman, beliau berkata, "Arab Saudi sudah membunuh kanak-kanak dan wanita di Yaman selama lebih lapan bulan. Rumah-rumah, sekolah dan masjid diruntuhkan. Ia mengukuhkan pengganas. Waktu itu, Setiausaha Agung PBB memuji kerajaan diktator dan keji itu... Pembunuhan orang yang lemah tidak hanya kejam, malah kegilaan Arab Saudi menyebabkan ia tergelincir... Dunia harus menangisi titik hitam dalam sejarah ini."
Kata Shadeghi lagi, "Pengaruh lebih bahaya dari peperangan, ini disebabkan dalam peperangan seorang individu dibunuh, namun pengaruh membuat keputusan mempunyai kesan kepada presiden manakala pemikirannya boleh berubah."